Selasa, 20 September 2011

PAKAIAN MUSLIMAH

Allah berfirman:

          Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

          Ini merupakan seruan kepada umat manusia khususnya umat Islam, lelaki dan wanita agar memakai pakaian yang indah ketika ke masjid untuk mengerjakan solat atau tawaf sekeliling Kaabah, atau ibadat-ibadat lainnya. Namun pakaian  indah yang bagaimanakah yang dimaksudkan?bagaimana pula konsepnya?pernahkah terlintas di fikiran kita?


         Sememangnya bagi wanita telah ada pakaiannya yang yang khusus, dengan syarat-syarat dan ciri-ciri yang telah dihuraikan dalam ayat di atas. TAPI..pakaian bagaimanakah yang wajib dipakai dalam kehidupan seharian khususnya di depan lelaki bukan muhram, ketika nak pergi ke masjid atau nak pergi kolej atau nak keluar pergi shopping?


       Islam telah menerang dan membataskan pakaian untuk umatnya dengan menggariskan syarat-syarat yang wajib dipenuhi agar tidak tersesat dalam berpakaian atau bahkan tanpa disedari menjadi orang yang hina kerana semakin jauh dari islam. Kita sama-sama renung kembali cara pemakaian kita sekarang, adakah sudah memenuhi syariat islam atau melampaui batas yang telah ditetap?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan