Bismillahirrahmanirrahim..
Puja-puji kepada Ar-Rahman
Menyelimuti tujuh lapisan langit dan
bumi
Ku memberi salam kesejahteraan
kepada orang yang aku kasihi
Semoga mewangi di pangkuan sang
penyejuk alam baginda Nabi Illahi..
Illahi..
Pencipta kata
Pencipta rasa
Pencipta cinta
Pencipta cita
Saksikan ketidakdayaan ku di depan
takdir kekuasaan-Mu
Saksikan kekerdilan ku di hadapan kemahabesaran-Mu
Saksikan kesilapan dosaku dan hanya
Engkau yang Maha suci
Dan hanya rahmat maghfirah,redha-Mu
yang ku rindu..
Illahi..
Dengan rahmatMu, benarkan aku
mencium wangi-Mu
Agar mewangikan seluruh gelora jiwa
hamba-Muini.
Untuk mreka saudara-saudaraku seiman
seakidah
Benarkan aku bau wangi-Muuntuk
seluruh hambaMu
Yang merasai cinta kerana-Mu
Illahi..
Dalam semerbak wangiMu,
Benarkan aku adukan isi 99lapis
hatiku
Illahi..
Sejak aku kenal ‘ba’ dalam
basmalah-Mu
Telah terkunci 99 lapis hatiku
kecuali untuk-Mu
Telah ku pahat ikrar dalam dinding-dindingnya
Hanya Engkau yang berhak membuka
pintu hatiku
Maka dengan basmalahMu benarkan aku
berseru
kepada seru sekalian alam
Wahai alam dan seluruh isinya
termasuk segala debu, batu dan bunga-bunga
Saksikan inilah isi 99 lapis hatiku
Hatiku terkunci rapat untukmu
Terkunci rapat untuk anda semua
Malah terkunci rapat untuk
bidadari-bidadari dunia
Saksikan inilah kata hatiku saat ini
tidak ada kata
Tidak ada rasa
Tidak ada daya
Tidak ada cinta
Tidak ada cita
Kecuali untul Illahi Rabbi azza wa
jalla
Hatta jiwa ku kembali kepadaNya
Illahi..
Benarkan aku merayu cintaMu
Sehingga saat ini
Aku belum dapat memberi cinta
kecuali untukMu
Aku tidak pernah menerima cinta
sejati kecuali dariMu
Aku tidak pernah menerima kekasih
setia kecuali Engkau ya Allah.
Ya illahi..ya Rabbi..ya Izzati..