KATA-KATA INGATAN BUAT DIRIKU..


  • Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)
  • utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia..
  • Hidup Adalah Perjuangan..
    Mukmin sejati sentiasa segar dalam dirinya pengertian ‘hidup adalah perjuangan’.  Hidup tanpa perjuangan dan dakwah umpama hidup tanpa izzah dan kemuliaan. Kehidupan dan diri kita adalah satu amanah Allah yang wajib dipenuhi tuntutannya. Manusia akhir zaman yang ketandusan keimanan menjadikan perjuangan hariannya sekadar mengenyangkan perut, kemewahan dan keseronokan tanpa melaksanakan amanah Allah. Kita dituntut untuk menegakkan kekuatan Islam sehingga jadilah Islam sebagai ‘addin’ atau cara hidup. Ianya bukan sekadar slogan atau kata-kata. Ianya adalah amal dan perlaksanaan.
    Segala nikmat anugerah Allah adalah aset untuk dijadikan sumber melaksanakan dakwah dan menjayakan Islam. Dakwah yang berterusan dalam kehidupan setiap mukmin yang  tidak mengenal penat lelah adalah kemanisan kehidupan dan keimanan buat mereka.. Allahu Ghayatuna !
  • Orang Hebat sentiasa melihat kejayaan adalah suatu yang amat hampir. Dalam hidupnya tiada istilah ’halangan’ semuanya menjadi ‘peluang’. Hidupnya penuh dengan positif. Hidupnya tidak dibelenggu ikatan ‘alasan’. Kecewa dan putus asa bukan pakaian hidupnya..Anda hebat ! Kenapa hebat?.. kerana anda hasil saringan jutaan benih yg telah dipilih Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Allah tidak akan memilih anda jika anda tidak mampu.. jangan sia-siakan pilihan Allah.. Jangan turuti bisikan negatif..jangan tertipu dengan rasa lemah diri..bangkitlah ! anda mampu wahai saudaraku..! Usaha sungguh-sungguh..doa sungguh-sungguh..tawakal sungguh-sungguh.. Anda manusia bertuah pilihan Allah !!

1 ulasan:

  1. mohon copy ya ?? utk pengongsian bersama . syukran

    BalasPadam