Jumaat, 14 Oktober 2011

IKRAR CINTA SEORANG KEKASIH


Bismillahirrahmanirrahim..

Puja-puji kepada Ar-Rahman
Menyelimuti tujuh lapisan langit dan bumi
Ku memberi salam kesejahteraan kepada orang yang aku kasihi
Semoga mewangi di pangkuan sang penyejuk alam baginda Nabi Illahi..
Illahi..
Pencipta kata
Pencipta rasa
Pencipta cinta
Pencipta cita
Saksikan ketidakdayaan ku di depan takdir kekuasaan-Mu
Saksikan kekerdilan ku di hadapan kemahabesaran-Mu
Saksikan kesilapan dosaku dan hanya Engkau yang Maha suci
Dan hanya rahmat maghfirah,redha-Mu yang ku rindu..
Illahi..
Dengan rahmatMu, benarkan aku mencium wangi-Mu
Agar mewangikan seluruh gelora jiwa hamba-Muini.
Untuk mreka saudara-saudaraku seiman seakidah
Benarkan aku bau wangi-Muuntuk seluruh hambaMu
Yang merasai cinta kerana-Mu
Illahi..
Dalam  semerbak wangiMu,
Benarkan aku adukan isi 99lapis hatiku
Illahi..
Sejak aku kenal ‘ba’ dalam basmalah-Mu
Telah terkunci 99 lapis hatiku kecuali untuk-Mu
Telah ku pahat ikrar dalam dinding-dindingnya
Hanya Engkau yang berhak membuka pintu hatiku
Maka dengan basmalahMu benarkan aku berseru
kepada seru sekalian alam
Wahai alam dan seluruh isinya termasuk segala debu, batu dan bunga-bunga
Saksikan inilah isi 99 lapis hatiku
Hatiku terkunci rapat untukmu
Terkunci rapat untuk anda semua
Malah terkunci rapat untuk bidadari-bidadari dunia
Saksikan inilah kata hatiku saat ini tidak ada kata
Tidak ada rasa
Tidak ada daya
Tidak ada cinta
Tidak ada cita
Kecuali untul Illahi Rabbi azza wa jalla
Hatta jiwa ku kembali kepadaNya
Illahi..
Benarkan aku merayu cintaMu
Sehingga saat ini
Aku belum dapat memberi cinta kecuali untukMu
Aku tidak pernah menerima cinta sejati kecuali dariMu
Aku tidak pernah menerima kekasih setia kecuali Engkau ya Allah.
Ya illahi..ya Rabbi..ya Izzati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan